Kenali mereka

Sunday, December 19, 2010

Punca Uncleseekers Saman Mohamed Areef bin Mohd Batcha (Cakra Alam)

Punca Uncleseekers Saman Mohamed Areef bin Mohd Batcha
(Cakra Alam)


1. Uncleseekers membuat pendedahan teknik penipuan Perubatan Cakra Alam yang diketuai oleh Mohamed Areef bin Mohd Batcha di akhbar Kosmo! pada 17hb Oktober 2010

Komen : Mungkin headline 'Ustaz' Auta yang buat Areef tu bengang kot?
Tapi macha, ana bukan editor kosmo. Ana cuma beri info pada wartawan kosmo ajer. Rilekslah macha...

2. Mohamed Areef bin Mohd Batcha membuat laporan polis diatas pendedahan akhbar kosmo diatas.

Komen :Boleh tanya sikit macha,, siapakah yang telah mengugut anda melalui sms memaksa diberi wang dan mengancam keselamatan diri. Takpelah, nanti macha boleh story dalam mahkamah. Macha...macha...kenapalah lu suka sangat memfitnah untuk 'cover line' kelemahan sendiri.


3. Maka dengan rasminya, aku pun ditahan dalam lokap pudu lebih kurang 10 jam. Aku menghormati wartawan kosmo bernama shahren yang menangi anugerah kajai (tahun aku tak ingat) kelam-kabut ketika aku disoal siasat oleh pegawai polis di balai cheras sebab dia yang buat story ni.

Komen : Sebenarnya ada banyak story yang nak aku ceritakan pengalaman dari mula aku ditahan oleh beberapa pegawai polis yang datang kepejabat aku di Taman Tar Ampang, semasa soal siasat, pengalaman dalam lokap, dengan majistret, sampailah aku keluar dari lokap. Nanti aku story.

Aku pernah bertanya pada seorang sahabat aku yang memegang jawatan editor sebuah akhbar tabloid (telah meninggal dunia 2009), "Kenapa akhbar Utusan beri story aku ni kat front page?" Allahyarham menjawab, "Tuan Syed..Tuan Syed tak tau diri Tuan Syed yang sebenarnya! mereka ada motif.... " Sampai hari ini aku masih lagi tertanya-tanya.

Dalam kes permaisuri ini pun publisiti yang diberikan masih 'diposisi' yang sama selepas 4 tahun kemudian? Adakah ianya secara kebetulan atau...? Takperlah, adalah lebih baik saya bersangka baik. Terima kasih Utusan Malaysia.

Aku masih ingat lagi kata-kata pegawai polis diadalam gambar akhbar kosmo yang bertarikh 21 Oktober 2006 ini. "Ada press kat luar". Aku tersenyum dan sambil meletakkan kedua-kedua tanganku dibelakang untuk digari dan dia berkata 'Tak perlu, saya gari depan sahaja". Saya tanya kenapa? Dia pula tersenyum...

Cuma publisiti yang diberikan oleh akhbar China Press terlewat satu hari iaitu pada 22 Oktober 2006.

4. Lepas keluar dari lokap aku balik kepejabat dan berbual tentang pengalaman dari mula aku dibawa masuk dalam van sehinggalah keluar dari lokap. Keesokkannya aku kebalai polis Ampang buat laporan terhadap Areef buat fitnah aku menyamar polis. Yenade macha

5. Saya mulakan langkah pertama untuk menyaman areef


6. Sudahlah fitnah ana sampai masuk lokap pastu fitnah sekali lagi kononnya ada bukti gambar ana bersama 3 lelaki India nak ugut dia. Mana gambar tu macha?Mana...Dah 4 tahun ana tunggulah...ente lupake kata-kata "Bila datang kebenaran yang bathil akan gugur"

7. Maka bermulalah...


Pengumuman
Saya dapat panggilan dari peguam lebih kurang pukul 10.32 malam supaya hadir dimahkamah sebelum 8.30 pagi nanti. Harapa sangat saksi dapat hadir esok supaya keputusan dapat dibuat hari yang sama. Besok kalau Areef datang mesti best punya. Yea yea...

2 comments:

farah wahidah bt abd wahab said...

salam... fa ni brani2 takut gak nak comment ni... takot kena saman .. hehehe

hmmm.... uncle ni fofular sangat sbb tu org amik tau pasal uncle...

semut api said...

"Mohon hentikan fitnah terhadap saya dan anggota Team PSI yang kononnya menulis komen-komen dibawah. Memang benar anggota Team PSI mendesak saya supaya mereka juga boleh turut serta membalas komen dibawah tetapi saya suruh mereka bersabar kerana kami percaya "kesabaran itu adalah kemenangan" Tetapi untuk para pemfitnah yang tak sampai 3 orang itu, anda jangan bimbang, bila sampai waktunya, Team PSI juga akan bertindakbalas. Kesabaran mereka ada hadnya..."


Bro..tulisan lu dalam entry yang lepas ada 'nilai' kalau orang nak saman di mahkamah..