Kenali mereka

Thursday, May 10, 2012

Pelatnya Juga Diajuk!

Pelatnya Juga Diajuk!


Apek, terkadang kita sebagai manusia berbangsa Melayu juga tidak menggunakan bahasa yang sepatutnya/tersasul/menggelabah ketika diwawancara. Apatahlagi diajukan soalan spontan dari wartawan. Si apek David ni memang masyarakat dah tau 'pelat'nya. Jangan jadikan isu 'sedekah' (klik) ini terlau serius. Arwah pun dah pergi. Cool bro.



Camner pun, lu mmg best jadi pengacara program Seekers Musim Pertama. Aku masih ingat lagi kata-kata lu episod 8 "Bukan semua orang dalam penjara itu jahat dan bukan semua orang jahat masuk penjara dan bukan semua makhluk yng masuk penjara tu orang.."



Bro David, bangsa Melayu jiwanya halus. Anda dihormati kerana anda mempunyai wang, tidak sombong, beri peluang pekerjaan pada pelakon/krew, pandai menabur wang pada tempatnya dan yang paling orang tak ble blah bahasa Melayu anda memang lawak.

Sememangnya sifat manusia cemburu dengan kejayaan seseorang cuma cara luahan dan tindakannya saja yang berbeza.


Pelat David Teo juga diajuk

Anda bukan sahaja seorang penerbit malah selebriti.

Selagi anda bersifat pemurah dan membantu orang-orang susah saya akan menyokong tetapi sekiranya anda bakhil, menindas bangsa saya serta menjadi 'blood sucker', jangan marah kalau saya tibai!

Kekalkan sifat anda sedia ada (pemurah dan suka menolong orang susah) sampai bila-bila semuga anda terus diminati oleh peminat. Sebelum saya mengakhiri artikel ini, ingin saya sampaikan satu ayat pada anda semuga anda diberi hidayah menjadi orang-orang yang percaya.

"Jika kamu menampakkan sedekah kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang-orang fakir (yang memerlukan), maka itulah lebih baik bagi kamu, dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu; Allah menyedari apa kamu buat." Surah AlBaqarah ayat 271

No comments: