Kenali mereka

Monday, May 7, 2012

Untuk Tun Mahathir Dan Kak Ros.

Untuk Tun Mahathir Dan Kak Ros.


Tun Mahathir

Salam Tun, saya sangat menghormati Tun kerana salah satu sikap Tun adalah 'berani'. Dengan sesiapapun Tun tidak gentar tapi saya belum pernah baca atau terjumpa mana-mana artikel Tun pernah menegur Rosmah.

Tun, saya tahu Tun tidak percaya pada 'paranormal'. Itu hak Tun sebagai manusia. Tika ini adalah waktu yang terbaik untuk Tun menegur atau menasihati Rosmah kerana 'medium paranormal'nya sudah kosong sebab 'tempurung' Rosmah yang mengandungi pelbagai 'medium paranormal' telah saya bocorkan bermula 26 September 2011 (klik)

Saya minta Tun kaji semula samada kata-kata saya ini samada ianya benar atau omong kosong.

Saya tidak perlu jumpa Tun untuk sebarang hajat sebab Tun juga manusia biasa seperti saya yang mana kita hanya perlu memohon padaNYA.

Saya harap Tun dapat beri tumpuan padaNYA 90% tika ini dan bakinya pada dunia kerana 'waktunya' hampir tiba. Saya bukan tuhan dan hanya manusia biasa tetapi Allah beri kelebihan pada setiap manusia.

Nasihat dan teguran pada Rosmah adalah tugas yang terakhir dari Tun dan selepas itu bersaralah dari apa jua urusan tentang politik dan perniagaan.

Rosmah Mansur

Salam Kak Ros, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi membaca artikel saya yang berkaitan dengan anda. Saya juga menghormati anda kerana mendengar nasihat dari saya agar tidak lagi terlalu aktif menonjolkan diri dalam akhbar tika ini (klik). Salah satu penasihat anda juga saya katogerikan 'bijak'.

Sepatutnya anda harus bersikap sebegini sejak 2005 lagi. Anda sudah capai apa yang anda impikan sejak zaman remaja.

Kak Ros, anda tidak perlu bersangka buruk pada orang-orang yang anda percaya sebab tiada seorang pun diantara mereka yang membocorkan maklumat kepada saya. Info yang saya dapat semunya DIA yang beri, bukannya manusia.

Janganlah membazir masa dan wang mencari yang 'power' lagi sebab ianya tidak mendatangkan hasil tika ini dan 7 tahun akan datang dan kalau boleh 'STOP' kerana hanya DIA segalanya bukannya kuasa JIN.

Tetapi sekiranya kakak masih suka nak 'bermandrem' dan tika itu masih boleh mengawal/mengawasi/mencampuri urusan negara ini, selagi saya hidup, saya tidak akan benarkan perkara ini berlaku. Maafkan saya kak.

Kalau kakak teringin nak jumpa saya dan belanja saya teh o ais saya 'no hal' tapi dengan syarat saya belanja kakak. Hu hu

7 comments:

Basteng said...

Salam Uncle,,..

Saya perasan tak pernah sekali pun Dr M menyentuh pasai Kak Ros..

emm...naper ya?
Ker Dr M kecut dgn kehebatan 'bodyguard" yg nampak & tak nampak yg ada disekeliling Kak Ros !

Syabas pada Uncle yg BRAN memberi nasihat / menegur apa yg patut terutama buat Kak Ros & Dr M..

Semoga usaha Uncle dirahmati oleh ALLAH s.w.t..

Wassalam..

Basteng

Aku Peduli Apa @ APA said...

Assalam bro.
I love you la bro..
Boleh saya join kem Fissabilillah demi kebanaran..

Anonymous said...

Uncle... kebetulan terjumpa Mamat Broker Paranormal Kak Ros tu kat The Mall.. dia cerita dia masih ON dengan tugas2 dia utk Kak Rosnya... Dia cerita pernah jumpa Uncle kat The Mall, dan dia cabar uncle, tapi uncle belah tinggalkan dia.......+ Sahabat..

Uncleseekers said...

Salam anoy 9-5-2012 jam 12.41am,
Fitnah lagi! Saya tidak pernah jumpa mamat tu. Dia boleh jumpa saya di Janda Baik pada bila-bila masa saja.

Seperti sedia maklum, 'power rangers' yang ada pada mamat tu dah zero.

Jamiejit said...

Uncle nak jalan-jalan The Mall? Hahahaha... Dia setakat pegi Parkson bahagian perfume ada la! Mamat broker, lu pun nak jadi Mamak ke?

Anonymous said...

Alhamdulillah kalo begitu Uncle.. saya kebetulan bertemu dengan Mamat tu, dan diperkenalkan sebagai Tok Moh Kak Ros... apa yang uncle ceritakan pasal dia tu, kebetulan saya dah baca dan ada gambar pulak tu, jadi saya pasti dia orangnya... Nak jadi cerita dia sebut pulak pasal UNcle...Sah>> jadinya dia jugak maklum tentang cabaran dan kerja yg Uncle buat tu..( lawat tenet jugak dia orang ni ye Uncle) memang cakapnya angkuh dan jumpa kak Ros hari2.. gunakan powernya utk apa pada kak Ros saya tak tau... Anyway kalo betul gitu, saya amat berharap uncle teruskan usaha.. demi Agama, Bangsa dan Tanahair kita uncle...+ sahabat.cein epsubli

Mr Zax said...

memang terbaik.. wa salute lu..