1. Orang Greek (klik) - Mereka berpuasa sebelum berperang.
2. Orang Rome (klik) - Mereka percaya amalan puasa menguatkan mereka dan mengajar mereka kesabaran dan ketahanan
3. Hellensitik purba (klik) - Tuhan-tuhan mereka dipercayai menyampaikan wahyu dalam mimpi dan visi hanya selepas berpuasa dengan penuh ikhlas.
4. Orang dayak di Amerika Utara - Mengamalkan puasa sebelum atau sedang dalam ikhtiar mendapatkan visi.
Shaman
5. Golongan syaman (klik) - Orang alim yang dikatakan mempunyai kuasa untuk menyembuhkan penyakit dan berhubung secara psikik
6. Orang Evenk - Dulu dipanggil Tungus dari Siberia berpuasa dan melatih diri untuk melihat visi yang selanjutnya dan untuk mengawal roh.
7. Golongan paderi di kalangan kaum dayak Pueblo di barat-daya Amerika - Berpuasa semasa mereka menyendiri sebelum upacara utama yang berkaitan dengan pertukaran musim.
8. Dalam anutan Jain - Berpuasa menurut cara-cara tertentu serta melakukan meditasi tertentu akan membawa kepada keadaan bersawai, atau menurun, yang membolehkan individu memisahkan diri daripada dunia dan sampai ke tahap transendent.
9. Judaisme (klik) - Amalan puasa boleh menyebabkan keadaan bersawai yang melaluinya wahyu akan diterima.
10. Adat Mesir dan Babylon purba - Menganggap amalan puasa sebagai satu cara untuk menebus dosa berserta tindakan lain yang menunjukkan kesedihan atas salah laku.
11. Beberapa puak di Peru sebelum zaman Columbus - Puasa sebagai satu daripada syarat untuk menebus dosa setelah individu membuat pengakuan di hadapan paderi.
12. Kitab Hindu (klik) (klik) - Seorang wali zaman purba bernama Dadhichi yang berpuasa dan melakukan meditasi selama beberapa tahun. Dia melakukannya sambil duduk dengan tidak mengubah kedudukannya. Apabila dia dijumpai hanya tulangnya sahaja yang tinggal dan dia disaluti lumpur berbentuk seperti sebuah busut. Brahma, pencipta alam semesta, dan golongan Asura telah mengambil tulang-tulangnya lalu dibuat senjata daripadanya untuk melawan musuh mereka iaitu golongan Sura. Asura menang dalam peperangan ini.
13. Sami Buddha (klik) - Mazhab Theravada berpuasa pada hari-hari suci (uposatha) pada setiap bulan
14.Yahudi - Puasa adalah suatu jangka masa apabila seseorang menahan diri daripada makan dan tidur. Lazimnya ia bersangkutan dengan perbuatan menahan diri yang lain.
15. Mahatma Gandhi - Berpuasa dalam penjara untuk menebus keganasan yang melampau oleh pengikutnya yang tidak mengamalkan ajaran “ahimsa” (tanpa keganasan) menentang British di India.
16. Dick Gregory - Seorang pelawak kulit hitam di Amerika tahun 60an, berpuasa yang bukan sahaja memprotes terhadap kehadiran askar Amerika di Asia Tenggara tetapi juga terhadap pencabulan hak asasi kaum dayak di Amerika.
Booby Sands
17. Penjara Belfast - Pada tahun 1981, 10 orang nasionalist mati di semasa mogok lapar yang dilancarkan, termasuk Bobby Sands (klik), seorang daripada ketua mereka, yang meninggal dunia setelah 66 hari dia “berpuasa”. Mereka mendesak supaya mereka diterima sebagai tahanan politik bukan sebagai penjenayah.
18. Tokoh sejarah dan sains - Socrates dan Plato berpuasa selama 10 hari untuk kesihatan mental dan fizikal. Pythagoras berpuasa selama 40 hari sebelum menduduki peperiksaan di Universiti Alexandria. Aristotle, Galen, Paracelsus, and Hippocrates turut berpuasa.
19. Siddhartha Gautama (klik) atau Buddha - Telah mengamalkannya.
20. Yesus (Nabi Isa) Menurut kitab Bible - Berpuasa selama 40 hari: “Dan setelah berpuasa empat puluh hari dan empat puluh malam, akhirnya laparlah Yesus” (Matius 4:2). Orang Kristian juga percaya bahawa Nabi Musa telah berpuasa semasa berada di Gunung Sinai selama 40 hari untuk menerima “loh batu, yakni hukum dan perintah, yang telah Kutuliskan untuk diajarkan kepada mereka” (Keluaran 24:12). Itulah peristiwa penurunan kitab Taurat. dan banyak lagi
Hampir kesemua jenis puasa bermula dari waktu fajar hingga waktu senja. Melainkan golongan percaya saja berpuasa dari Fajar (sekitar 6.30 pagi) . sehingga Malam (setengah jam selepas masuk waktu "maghrib").
Kebaikan Berpuasa
Hippocrates of Cos
Hippocrates (klik), bapa perubatan, mensyorkan puasa kepada ramai pesakitnya. Katanya,
“Apabila kamu memberi makan kepada orang yang sakit, kamu memberi makan kepada penyakit. Sebaliknya pula, jika kamu menahan makanan, penyakit itu akan menyurut.”
Puasa adalah satu-satunya terapi pemulihahan yang semula jadi. Ia adalah unsur alam yang purba lagi sejagat sebagai “ubat” untuk banyak masalah.
1. Ratu semut (klik) tidak makan apa-apa sehingga telurnya menetas. 2. Ikan salmon perak berpuasa berminggu-minggu lamanya ketika berenang ke hulu sungai yang jaraknya beratus batu untuk bertelur. 3. Beberapa haiwan dengan tingkah laku kenaluriannya berpuasa apabila jatuh sakit. 4. Banyak jenis serangga dan haiwan berpuasa dalam hibernasi.
Penyakit seperti akne dan ekzema, tinitus (klik), gayat, fibromialgia (klik), glaukoma, displasia serviks, sakit leher dan pinggang yang kronik, polimialgia reumatika, dan banyak yang lain boleh dibantu dengan puasa dalam proses pemulihannya. Kepekakan pun dapat dipulihkan dengan berpuasa menurut suatu laporan doktor yang disedarinya ketika merawat penyakit lain.
Tanda-tanda ketagihan (withdrawal symptoms) dalam penagihan dadah seperti alkohol, kokaina, nokotina dan kafeina dapat dihilangkan dengan cepat semasa pesakit berpuasa. Puasa dikatakan juga boleh memberi manfaat kepada keadaan kesihatan seperti
1. Demam selesema 2. Aterosklerosis (klik) 3. Selsema 4. Penyakit arteri koronari 5. Bronkitis (klik) 6. Angina pektoris (klik) 7. Pening atau sakit kepala 8. Hipertensi (klik) 9. Sembelit 10. Diabetes atau kencing manis 11. Ketakcernaan 12. Demam 13. Cirit-birit 14. Alahan alam persekitaran 15. Penyakit lelah 16. Gemuk 17. Insomnia 18. Kanser 19. Sakit kulit 20. Epilepsi (klik).
Amalan itu juga didapati berkesan dalam beberapa kes keletihan terutamanya apabila ia disebabkan oleh kongesi organ dan tenaga, dan kepada ramai pesakit mental, dari kerisauan ke skizofrenia (klik). Kesemua ini adalah hanya beberapa kelebihan dalam amalan puasa yang dapat dikesan.
Salam semua, saya tulis madah ini atas saranan seorang sahabat (ciinx) supaya ianya tidak sukar untuk mencari dalam facebook. Madah-madah cinta ini adalah hasil rompakan saya menciplak orang lain punya madah. He he
Kenapa aku harus pejamkan mata tika tidur, bermimpi dan berkucup? Apakah itu kemestian atau keistimewaan? Itu tidak pentng! Aku hanya melihat dirimu setiap kali aku pejamkan mata.
The way u look into my eyes, it scares me, The way u say I Luv U, it scares me, The way u know just what to say, it scares me, The ways u scare me I luv it.
Bukan semua bunga lambang cinta tetapi ros berlainan, bukan semua burung boleh menari tetapi merak berlainan, bukan semua teman dihati tetapi anda berlainan...
Ambilah ingatanku tapi izinkanlah aku mengingatimu, ambilah tanganku tapi izinkan aku menyentuhmu, ambilah mataku tapi izinkanlah aku melihatmu, tapi jangalah ambilah hatiku kerana ianya sudah menjadi milikmu...
What's missing in H__RT? EA or U? Pick EA & you'll get a heart! If u pick U, you'll get hurt! I'd pick U coz it's better to get hurt than have a heart without U
Janganlah mencintai seseorang seperti bunga kerna ia akan layu tetapi cintailah dirinya seperti sungai yang mengalir selama-lamanya
When words fail, actions speaks.. Where action fails, eyes speak... Where eyes fail, tears speak... Where everything fails, love speaks.
Jangan letak diriku dimatamu kerna aku takut akan gugur bersama titisan air matamu, Letakkanlah diriku dihatimu agar setiap degup jantungmu akan mengingati diriku dan sentiasa bersamamu
Love is like playing the piano. First you must learn to play by the rules...! Then you must forget the rules and play from your heart...!!
Kekadang mataku mencemburui hatiku sendiri kerana kau selalu dihatiku tapi sentiasa jauh dimataku.
Your name on my hand but I washed it the next day. Your name in the sand but the waves washed it away. Your name in my heart..forever it will stay
Apa yang kita hajati dan kita memilikinya itu adalah tuah, Apa yang kita hajati dan kita harus menunggu itu adalah masa, Apa yang kita hajati dan kita terpaksa bertolak ansur itu adalah kehidupan, Apa yang yang kita hajati, terpaksa menunggu dan tiada tolak ansur itu namanya CINTA!
Setiap kali aku rindu, Aku tidak mahu mencari dirimu didalam mimpiku atau... mendengar suaramu dalam peti suara telefonku tapi.. Sudah memadai dengan meletakkan tangan didadaku dan aku merasai kehadiranmu
Sayang... Bolehkah kau melihat aku sekarang? Tidak...? Pandanglah belakang... Bolehkah kau melihat aku sekarang? Tidak...? Pandanglah sekali lagi... Bolehkah kau melihat aku sekarang? Aku boleh melihat kau kerana dirimu terletak di sudut istimewa didalam dihatiku
Jika cinta itu menyakitkan, bercintalah lagi... Tapi sekiranya ia lebih menyakitkan... maka bercintalah lebih banyak lagi, Namun jika ianya sangat menyakitkan...maka bercintlah sebanyak mungkin sehingga kesakitan itu hilang
Ramalan Mimpiku - Part 7A Yang ghaib hanyalah kepunyaan Allah... Pihak-pihak yang percaya kepada mimpi haruslah merenungkannya dengan mendalam
Salam semua, Ada 4 mimpi pelik, smlm (26/7 - sekitar 10 mlm sampai 11.30malam) dan baru sebentar tadi (27/7 - tidur sekitar 8 pagi sampai 2 petang). Hari ini aku cuma nak story mimpi semalam.
Yang pertama pasal Siti Nurhaliza dan yang kedua pasal semua haiwan yang disebut dalam AlQuran, ketiga pasal Mahaguru Omar Din (Part 7B) dan keempat pasal 4 orang pemimpin parti pembangkang yang akan... (Part 7C). Kenapa sampai 4? Entahlah mungkin ada kaitan dan mungkin tidak. Yang penting saya sampaikan. Pasni saya mohon padaNYA taknak mimpi buat sementara waktu…
Mimpi yang pertama - Siti Nurhaliza
Salam Siti, disini saya sampaikan amanah sepotong ayat dalam mimpi tersebut. Siti, anda harus memohon maaf pada 'orang itu' kerana kesilapan yang sengaja atau tak disengajakan beberapa tahun yang lalu sekiranya anda mahukan 'zuriat-zuriat' yang comel dari suami tercinta.
"Atau Dia menjodohkan mereka, lelaki dan perempuan; dan Dia membuat siapa Dia mengkehendaki mandul. Sesungguhnya Dia Mengetahui, Berkuasa".Surah ASY-SYURA (Perundingan) ayat 50
Mimpi kedua mengenai 26 spesis haiwan yang disebut dalam AlQuran
1. Anjing
"Dan sekiranya Kami menghendaki, tentu Kami menaikkan dia dengannya, tetapi dia cenderung kepada bumi, dan mengikuti keinginannya. Maka persamaannya seperti persamaan seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itulah persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka memikirkan." Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 176
Ada 3 lagi ayat yang menyebut tentang anjing adalah surah AL-KAHF (Gua) ayat 18, surah AL-KAHF (Gua) ayat 22 dan Surah AL-MAIDAH (Meja Hidangan) ayat 4
2. Keldai
"Persamaan orang-orang yang dibebankan dengan Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti persamaan seekor keledai yang memikul buku-buku yang tebal. Adalah buruk persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim." (62:5) = Surah AL-JUMUAH (Yang Berkumpul) ayat 5
Buruk siot suara keldai!
"Sederhanakanlah dalam berjalan kamu, dan rendahkanlah suara kamu; seburuk-buruk suara ialah suara keledai." Surah LUQMAN (Luqman) ayat 19
Ada 2 lagi ayat yang menyebut tentang keldai adalah surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 259 dan surah AN-NAHL (Lebah) ayat 8
3. Agas
Allah tidak malu membuat persamaan, walaupun dengan seekor agas, atau apa yang lebih rendah. Bagi orang-orang yang percaya, mereka mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; tetapi bagi orang-orang yang tidak percaya, mereka berkata, "Apakah yang Allah mengkehendaki dengan ini sebagai satu persamaan?" Dengannya Dia menyesatkan ramai, dan dengannya Dia memberi petunjuk kepada ramai, dan dengannya Dia tidak menyesatkan kecuali orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan) Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 26
4. Lalat
Sehebat mana manusia tidak akan mampu mencipta seekor lalat! "Wahai manusia, satu persamaan dijadikan; maka dengarlah padanya. Sesungguhnya orang-orang yang kamu seru, selain daripada Allah, tidak akan dapat mencipta seekor lalat, walaupun mereka berkumpul untuknya; dan jika seekor lalat merampas sesuatu daripada mereka, mereka tidak akan dapat menyelamatkannya daripada ia. Lemahlah sungguh yang mencari, dan yang dicari!" Surah AL-HAJJ( Haji ) ayat 73
5. Labah-labah betina
Omputih pandai, sebab tu dia orang tak buat filem spiderwoman. Mesti buruk punyer 'bumper' heroin! he he
"Persamaan orang-orang yang mengambil untuk mereka wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Allah, ialah seperti persamaan labah-labah betina yang mengambil untuknya sebuah rumah; dan sesungguhnya yang paling lemah antara rumah-rumah ialah rumah labah-labah betina, jika mereka mengetahui." Surah (AL-ANKABUT) Labah-Labah Betina ayat 41
6. Singa
Kenapa orang Melayu suka kaitkan bini yang garang macam singa? Gambar atas singa jantan. Singa jantan cool...Muka jer garang tapi dalam hati ada taman
"Mengapakah dengan mereka, bahawa mereka berpaling daripada Peringatan, seakan-akan mereka keledai yang terkejut, yang lari di hadapan singa?" (74:49-51) = Surah AL-MUDDATSTSIR (Yang Berselubung) ayat 51
7. Semut
"Sehingga, apabila mereka datang ke lembah semut, berkatalah seekor semut, 'Wahai semut-semut, masuklah ke dalam tempat-tempat tinggal kamu supaya Sulaiman dan tenteranya tidak menginjak kamu, dengan tidak menyedari.' Surah AN-NAML (Semut) ayat 18
8. Belalang juta & Belalang
a) Belalang Juta
"Maka Kami mengutus kepada mereka banjir, dan belalang juta, dan kutu, dan katak, dan darah - ayat-ayat yang jelas; tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang berdosa." Surah AL-A'RAF (Benteng) – ayat 133
b) Belalang
"Menjatuhkan pandangan mereka, mereka keluar dari makam-makam mereka, seakan-akan mereka belalang-belalang yang bertaburan," Surah AL-QAMAR (Bulan) ayat 7
9. Kutu
"Maka Kami mengutus kepada mereka banjir, dan belalang juta, dan kutu, dan katak, dan darah - ayat-ayat yang jelas; tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang berdosa." Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 133
10. Katak
"Maka Kami mengutus kepada mereka banjir, dan belalang juta, dan kutu, dan katak, dan darah - ayat-ayat yang jelas; tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang berdosa." Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 133
11. Rama-rama
"Pada hari manusia seperti rama-rama bertebaran," Surah AL-QARI'AH (Yang Mengetukkan) ayat 4
12. Lebah
"Dan Pemelihara kamu mewahyukan lebah, 'Ambillah untuk kamu daripada gunung-gunung, rumah-rumah, dan daripada pokok-pokok, dan daripada apa yang mereka membangunkan. Kemudian makanlah tiap-tiap buahan, dan ikutlah jalan-jalan Pemelihara kamu yang senang kepergiannya.' Kemudian keluar dari perut mereka, satu minuman yang bermacam-macam warna, di dalamnya penyembuhan untuk manusia." Surah AN-NAHL (Lebah) ayat 68 dan 69
13. Ular
"Maka dia melemparkan tongkatnya, dan tiba-tiba ia adalah ular yang nyata." Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 107
Ular disebut sebanyak lima kali di dalam al-Qur'an Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 107, Surah THA HA (Tha Ha) ayat 20, Surah ASH-SYU'ARA (Para Penyair) ayat 32, Surah AN-NAML (Semut) ayat 10 dan Surah AL-QASHAH (Cerita) ayat 31. Kesemuanya mengenai tongkat Nabi Musa yang menjadi ular apabila dia melemparnya.
14. Beruk
Beruk, asalnya adalah manusia tetapi kena sumpah dengan Tuhan!
Apabila mereka memandang rendah pada apa yang mereka telah dilarang, Kami mengatakan kepada mereka, "Jadilah kamu beruk, menyelinap dengan melarat." Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 166
Ada lagi surah tentang sekumpulan manusia disumpah tuhan menjadi beruk! Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 65, Surah AL-MAIDAH (Meja Hidangan) ayat 60
15. Babi Selain beruk ada juga yang menjadi babi setelah disumpah oleh Tuhan. Mungkin kerana itu kot manusia yang makan babi mungkin ble disamakan gak dengan makan daging manusia.
Katakanlah, "Bolehkah aku memberitahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa yang Allah melaknatkan, dan padanya Dia murka, dan menjadikan antara mereka beruk dan babi, dan penyembah-penyembah Thagut - mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul." Surah AL-MAIDAH (Meja Hidangan) ayat 60
Ada dua lagi ayat yang menyebut tentang babi iaitu Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 173, Surah AN-NAHL (Lebah) ayat 115).
16. Biri-biri & Biri-biri betina
a) Biri-biri
Dan Allah membuatkan satu tempat rehat bagi kamu daripada rumah-rumah kamu, dan membuatkan untuk kamu, daripada kulit-kulit binatang ternak, rumah-rumah, yang kamu mendapati ringan pada hari perjalanan kamu dan pada hari kamu menetap, dan daripada bulu-bulu mereka (biri-biri), dan bulu-bulu mereka (unta atau kambing), dan daripada rambut mereka, perkakas rumah tangga dan kesenangan untuk satu waktu. Surah AN-NAHL (Lebah) ayat 80.
Ada dua lagi ayat yang menyebut tentangnya. Surah AL-AN'AM (Binatang Ternak) ayat 143, Surah AL-QARI'AH (Yang Mengetukkan) ayat 5
b) Biri-biri betina
"Sesungguhnya ini saudaraku yang mempunyai sembilan puluh sembilan biri-biri betina, dan aku mempunyai seekor biri-biri betina. Lalu dia berkata, 'Serahkanlah ia untuk penjagaanku'; dan dia mengalahkan aku dalam ucapan." Surah SAD (Sad) ayat 23
17. Kambing
Kalau kambing tu tetap kambing! Perangai dari dulu lagi suka menjahanamkan tanaman orang! Sebab tu aku suka makan daging kambing..he he
Dan Daud dan Sulaiman, ketika mereka menghakimkan mengenai tanaman, apabila kambing kaum merosakinya, dan Kami menyaksikan putusan mereka. Surah AL-ANBIYA' (Nabi-Nabi) ayat 78.
18. Lembu & anak lembu
a) Lembu
"Aku (raja) melihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh yang kurus memakan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering." Surah YUSUF (Yusuf) ayat 43
dan terdapat 2 lagi ayat yang menyebut tentang lembu iaitu Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 67 Surah AL-AN'AM (Binatang Ternak) ayat 144
b) Anak lembu
Bukan nampak sedap...memang sedap pun!
Rasul-rasul Kami telah datang kepada Ibrahim dengan berita gembira; mereka berkata, "Salam!" Dia berkata, "Salam"; dan sebentar kemudian, dia mendatangkan seekor anak lembu panggang. Surah HUD (Hud) ayat 69.
Terdapat 2 ayat lagi yang disebut tentang anak lembu iaitu Surah ADZ-DZARIYAT (Yang Menerbangkan) ayat 26 dan Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 51
19. Unta, Unta Bunting & Unta betina
a) Unta
Renungkanlah...
"Apa, tidakkah mereka merenungkan bagaimana unta diciptakan” (Surah AL-GHASYIYAH (Yang Menutupi) ayat 17).
Terdapat 3 lagi ayat menyebut tentangnya iaitu Surah AN-NAHL (Lebah) ayat 80, Surah YUSUF (Yusuf ) ayat 65 dan Surah YUSUF (Yusuf ) ayat 72
b) Unta bunting
Besarnyer perut!
"Apabila unta-unta bunting ditinggalkan" Surah AT-TAKWIR (Yang Digelapkan) ayat 4.
c) Unta betina
Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Ini ialah unta betina Allah untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia, supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan menyentuhnya dengan kejahatan supaya kamu tidak diambil oleh azab yang pedih. Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 73.
Lain-lain tentang unta seperti Surah AL-MURSALAT (Yang Diutus) ayat31-33, Surah AL-WAQI'AH (Peristiwa Besar) ayat 54-55, Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 40, Surah AN-NAHL (Lebah) ayat 80, Surah YUSUF ayat 82, Surah YUSUF ayat 65, Surah YUSUF ayat 72
20. Baghal
Baghal adalah kacukan kuda betina dengan keldai jantan. (klik)
"Dan kuda, dan baghal, dan keledai, untuk kamu menunggangi mereka, dan sebagai perhiasan;" Surah AN-NAHL (Lebah) ayat 8.
21. Kuda
Memang sifat manusia akan merasa riak kalau memiliki kuda-kuda bertanda (kereta mewah)
Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itulah kesenangan kehidupan dunia; tetapi Allah, di sisi-Nya tempat kembali yang terbaik. Surah ALI IMRAN (Keluarga Imran) ayat 14
lain-lain seperti Surah SAD ayat 31 dan Surah AL-ANFAL (Rampasan Perang) ayat 60
22. Burung
"Tidakkah kamu melihat bagaimana segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing - Dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat." Surah AN-NUR(Cahaya) ayat 41
Dan dia memeriksa burung-burung; kemudian dia berkata, "Bagaimanakah dengan aku, bahawa aku tidak melihat hud-hud? Atau, adakah ia termasuk yang ghaib (tidak hadir)?Surah AN-NAML (Semut) ayat 20
24. Burung Gagak
Burung Gagak adalah guru pertama manusia dimuka bumi ini. Tiada cara lainkah untuk kita hindari gagak yang banyak selain menembaknya?
Kemudian Allah mengirimkan seekor burung gagak, dengan mencakar-cakar di atas bumi, untuk memperlihatkan kepada dia bagaimana dia akan menyembunyikan mayat saudaranya yang mengaibkan. Dia berkata, "Celakalah aku! Tidakkah aku mampu untuk menjadi seperti burung gagak ini, untuk aku menyembunyikan mayat saudaraku yang mengaibkan?" Dan dia menjadi antara orang-orang yang menyesal. Surah AL-MAIDAH (Meja Hidangan) ayat 31.
25. Burung Puyuh (Salwa)
Takkan tengok jer. Pergilah beli! tak mahal sekor RM2.50 jer
Dan Kami membentangkan awan untuk meneduhkan kamu, dan Kami menurunkan manna dan salwa kepada kamu; "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka menzalimkan. 2:57
lain-lain Surah AL-A'RAF(Benteng) ayat 161, Surah THA HA ayat 80 dan (Surah AL-WAQI'AH (Peristiwa Besar) ayat 21.
26. Gajah Hensem macam gajah? Bini gemuk macam gajah! Gajah kalau mengamuk, saper pun dia tak peduli! (klik)
Tidakkah kamu melihat bagaimana Pemelihara kamu buat terhadap Orang-Orang Gajah? Surah AL-FIL (Gajah) ayat:1.
Orang yang tidur selalunya akan bermimpi dan ada yang tidak dan ada yang kadang-kadang. Bagi sesetengah orang, mimpi membawa maksud tertentu dan ada pula mengatakan hanya permainan tidur. Namun, pihak-pihak yang taksub kepada mimpi haruslah merenungkannya dengan mendalam
Nota : Sekiranya terdapat kesilapan atau kekurangan ayat (tidak termasuk binatang ternak) tentang spesis diatas, mohon ditegur. Terima Kasih.