Ramalan Mimpiku – Part 17
...Yang ghaib hanyalah kepunyaan Allah...
Pihak-pihak yang percaya kepada mimpi haruslah merenungkannya dengan mendalam
Bomoh Rosmah?
Pihak-pihak yang percaya kepada mimpi haruslah merenungkannya dengan mendalam
Bomoh Rosmah?
Salam semua,
Entah kenapa ramalan mimpi kali ini (selasa 27-9-2011) hanya ‘Raden’ (gambar dibawah) Najib dan Rosmah sahaja yang muncul! Wajah Raden & Rosmah muncul 3 kali (sebelum tidur, semasa dan waktu bangun). Disini saya luahkan perasaan ‘kecewa’ dalam artikel kali ini. Harap ianya tidak mengguriskan hati pembaca. Terpulanglah pada anda semua untuk menilai peribadi saya. Harap Maaf...
Daripada hari ini, semua ‘kuasa spiritual’ yang diamalkan, yang diletak dalam kereta, dalam rumah, dalam bilik dan dalam beg tangan, haruman, alat solek dan apa & dimana saja semakin susut dan akan berakhir tidak lama jer lagi.
Semua ‘MEDIUM’ yang sedia ada atau yang terbaru dari bomoh yang terbaik sekalipun dalam dunia ini sudah tidak bermakna lagi kerana ‘KUASA DALAMAN’ sudah tepu ibarat belon mengempis!
Jika bomoh lain-lain (tak perlulah sebut nama) berjaya ditumbangkan, ‘KUASA DALAMAN’ yang ada pada Rosmah Mansur juga aku berjaya CANTAS dalam masa tidak sampai 100 hari. Semua ikhtiar ini bukan kuasa aku tetapi ini adalah ‘GERAK’ dariNYA.
Kepada yang rapat dengan Perdana Menteri kita ini, tolong sampaikan amanah saya.
"Daripada hari ini cuba perhatikan gerak-geri Rosmah tanpa beliau sedari. Dia pasti ‘resah’ tak tentu hala. Inilah waktu terbaik untuk anda kalau nak tegur, marah, angkat suara atau apa saja selama ini yang anda takut nak buat. Yang penting..jangan gelojoh sebab ‘KUASA DALAMANNYA’ semakin menipis hari demi hari…dia yang sebenarnya semakin takut tak tentu pasal dengan anda. Kalau dia berani pun hanya ‘acah-acah jer’…"
Kalau apa yang saya cakap ini satu penipuan, boleh angkut saya dan sumbat dalam mana-mana ‘tempat tahanan’ dalam Malaysia.
Lagi satu paling senang camni ajelah, kalau dulu orang sekeliling takut dengan Rosmah tapi sekarang ni orang menyampah dan meluat. Dato Sri cuba buat kajian secara rambang.
Mamat ini yang dikenali sebagai Raden memanggil Rosmah sebagai ‘Kak Ros’. (Dia tak boleh sebut perkataan ‘R’ dengan betul). Pada 16 Jun 2011 (klik) aku dah beri amaran padanya supaya menghentikan semua aktiviti mengarutnya sebagai salah seorang ‘broker paranormal’ tetapi masih buat jugak! Sekarang ni ‘kuasa spritual’ lu dah zero “0”..paham tak… “0”…..Menteri-menteri dan VIP yang lain tak payahlah buang masa dan buang duit minta tolong mamat ni lagi sebab dia dah “0”…
Lu tak payahlah mengadu lagi buat muka sedih kat VIP tu!
“Apa salah saya pada Uncle buat saya sebegini…?” (nada indonesia)
Memanglah antara kita tidak pernah berjumpa dan kenal dan lu tak salah apa-apa pun ngan wa tapi lu menyusahkan jutaan rakyat Malaysia dengan ‘MEDIUM’ yang kau supply kat dia orang tu! Kalau tulisan aku ini adalah fitnah, kau saman jer aku ikut lunas undang-undang. Kalau kau bangang tentang undang-undang, kitakan dalam dunia paranormal, apalagi? Carilah yang kat Kalimantan tu kasi jahanam sama aku (kalau bolehlah…) …Ulang sekali lagi..lu dah zero “0”….
Kepada semua pembaca, mohon maaf kalau saya menggunakan kata-kata kasar sebegini sebab memang saya 'tak bagi muka’ pada 'AHLI SPIRITUAL' dan ‘BROKER PARANORMAL’ yang 'supply medium paranormal' pada pemimpin-pemimpin Negara saya untuk ‘menyalahguna kuasa’ demi Negaraku Malaysia yang tercinta. Aku Cuma ada satu Negara saja bukan macam orang lain ada “PR” pelbagai Negara.
Abang...Abang Rahman bukan orang politik. Sebaiknya berkata benar adalah lebih baik walaupun ianya pahit. (klik). Yang mampu kita lakukan sekarang hanya ‘berdoa’ bukannya beri harapan palsu pada pembaca dan peminat. (klik)
Kalau ramalan mimpi ini benar-benar terjadi sekalipun, anggaplah ianya secara kebetulan. Yang pandai mentafsirkan mimpi hanyalah Nabi Yusuf.
Part 1 - Najib, Muhyiddin & Zahid Hamidi
Part 2 - Anwar, Ali Rustam & Nik Aziz
Part 3 - Allahyarham Dato' Harun Idris
Part 4 - Mahathir & Allahyarham Dato' Harun Idris
Part 5 - Najib, Rais, Nor Yakcop, Nazri & Noh Omar
Part 6 - Tulang Rusuk
Part 7A - Siti Nurhaliza
Part 8 - Rosmah Mansur
Part 9 - Muhyiddin
Part 10 - Najib & Muhyiddin
Part 11 - Azeez Rahim
Part 12 - Hishammuddin, Anuar Zain, Aznil, Azwan & Jaffar Onn
Part 13 - Najib & Rosmah
Part 14 - Najwa
Part 15 - Kematian Selebriti
Part 16 - Datuk Mohd. Jais Ahmad Jais
Part 18 - Lisa, Yusry, Anuar Zain, Zizan, Johan & Nabil
Part 19 - Juliana Evans,Marsha,Rabecca,Fasha Sandha
Part 20 - Sidek Hassan, Abu Kassim, Ismail Haji Omar,
Part 21 - Daim, Ananda, Robert Kuok, Syed Mokhtar...
Part 22 - Tragedi
Part 23 - Azalina
Masuk Hospital - Kematian Mantan Perdana Menteri Malaysia
Part 24 - Sultan Brunei & Kematian Sultan
Part 25 - Bakal pemimpin BN yang baru
Part 26 - Mama Juwie, Fatin Hanipah & Lee Kuan Yew
Part 27 - Menteri kanan di Thailand akan mati ditembak
Part 28 - Wardina, Rozita & kematian selebriti
Part 29 - Norman & Memey
Part 30 - Perebutan kuasa sebelum 21-12-2012
Part 31 - Kematian Selebriti semakin hampir
27-7-2011 – 4 orang pemimpin pembangkang
34 comments:
Dan sekiranya benar ramai para pemimpin negara yg mengguna dan mengamal kuasa spiritual untuk kepentingan peribadi dengan cara yang salah sehingga mengakibat dan menjadi punca kerosakkan kepada negara khususnya.
Saya mohon kepada Allah yg Maha BERKUASA agar mereka ini terbongkar dan ternyata perbuatan khianat dan jijik mereka.
Dan jika ini apa yg mereka lakukan, ia satu perbuatan yang sangat jijik dan maruah mereka seperti binatang dan nyata bersifat syaitan yg direjam.
uncle,mana cerita pasal mahaguru omardin?
Salam Sdr.
Izinkan saya panjangkan N3 ini ke blog saya.
Salam mountdweller - silakan
Salam Jojo - terima kasih krn mengingatkan saya kembali. nanti saya pamerkan bila sampai waktunya. Terima kasih sekali lagi
Salam Zelmey - Bila dtg kebenaran yg bathil akan gugur
ok,thank you uncle!
wahhh..hebat sgt uncle. sampai bole offer org jahanamkan uncle. siap ( kalau boleh lah )..betul2 kebal..semoga Allah pelihara kita semua rakyat MAlaysia
Hang ni mengarutlaaa..x dpt projek ke sampe benci sangat dgn isteri PM..udahlah..jgn takbur sangat..jgn angkuh sangat...nanti binasa diri..
amin al-amin
Salam fazrulnoor, terima kasih diatas komen anda.
Anonymous - saya dah maklum sila pakai nama samaran tapi tak nak juga. Komen anda saya siarkan krn nampak menarik. Nak tanya satu jer. Sejak bila saya minta projek?
Rasenye Anounymous tu tali barut kot.... :P
Leh pikir, even adik Rosmah pon klua Malaysia psl x thn dgn akak die sendiri...
Wallahualam...
hmmm...tak sangka Rosmah nie guna bomoh...Semoga Allah memberi alasan yang setimpal dengan perbuatan mereka yang terkutuk...
Jom terjah sini:
1)Jawapan Bernas Mengapa Hukum Hudud Patut Dilaksanakan Oleh Ustaz Zaharuddin
2)Kena Kejar Sebab Mandi Bogel
3) Mengapa “Couple” Itu Dikatakan Haram?
Apakah apabila kita berbuat dan bersangka baik dan agak rapat dengan pemimpin tu kerana mengemis projek. Apabila kita berlaga angin kita tarik muka masam yang mencuka, dituduh pula tak dapat projek. Sebenarnya, perlu ada prinsip dan jelas menyusun kehidupan. Lima waktu kita berbicara dengan Tuhan dan segala-galanya kita serah dan pohonkan kepadaNya. Maka, kenyataan di atas jelas menyerlahkan tahap pemikiran dan ilmu yang dimiliki serta sentiasa prajudis atas orang lain.
Salam...Kuasa Allah semuanya..Perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita makhluk yang serba dhaif" sunnun bunang.sunnan giri.sunnan gunung jati..sunnan kudus..sunnan kalijago..sunnan muriapada..sunnan darajat sunnan tembayat..semuanya kelebihan dari yang Hak..mereka ikhlas pasti dapat dan berhak memilikinya..
Bagi kita yang ilmu serta akal yang cetek..usah kau gapai tentang zatNya..kelak kau tergolong dalam ahli Neraka..Kau disanjung dengan ilmu dan kehebatan dunia..pasti amal kau sia-sia disana kelak..Saranan ku untuk semua...Anggaplah ini sebagai mimpi yang bermain diminda kalian..kerna aku pun sama seperti kalian..bermimpi apabila selalu memikirkan sesuatu,,,
Mohon untuk sebarkan uncle.
Bila saudara sebut tentang penggunaan bomoh, tidak kah itu salah satu kebudayaan melayu lama yang diamalkan sehingga hari ini ?
Pada pandangan saudara, berapa ramai rakyat Malaysia yang terkejut mendengar Rosmah menggunakan bomoh demi menjaga kepentingan diri dan keluarganya ?
Keadaan saudara juga dikatakan telah terlibat dalam dunia paranormal sekian lama, tidak kah itu menandakan bahawa saudara juga percaya wujudnya bomoh yang memuja jin dan iblis memberi perkhidmatan pada orang biasa ?
Kalau nak diselidik secara rambang setiap 10:9 orang akan menggunakan khidmat bomoh untuk kepentingan diri masing-masing? Apa masaalah nya ?
Bila ada orang buat jahat pada seseorang menggunakan bomoh, maka orang yang jadi mangsa akan mencari bomoh juga untuk mempertahankan diri dari kejahatan musuhnya.
Dengan cara itu barulah bomoh ada sumber pendapatan. Tak gitu ? Atau bomoh yang ada semuanya makan batu dan kayu saja ?
Pada pandangan saya, saudara cuba mempromosikan diri sendiri dalam bab paranormal sebagai bomoh yang hebat atau setaraf dengan bomoh yang diluar sana.
Bagai saya ianya tidak salah tapi melihat apa yang cuba saudara tuliskan didalam blog ini ianya dilihat seperti menjual ubat kuat dijalan Chow Kit...
Salam Max - kekadang kita juga ada silih faham dengan adek beradek. Disini bukan isunya. Camner pun terima kasih atas komen anda
Salam Famili Ceria - Ahli spiritual (bomoh/dukun/pawang) ibarat isi dengan kuku sejak ratusan tahun lagi masyarakat melayu untuk perkhidmatan untuk tujuan baik dan jahat.
Cuma tika ni, pemikiran Melayu lebih kearah perubatan moden untuk menyembukan penyakit. Perubatan khidmat 'ahli spitirual' hanya digunakan sebagai alternatif terakhir.
Terima kasih atas komen anda.
Salam Ben Ayu - Terima kasih krn sudi meletakkan komen disini
Salam Raden - Setiap pandangan kita tidak semestinta diterima oleh orang lain. Anda berhak memberi pandangan krn negara kita tidak melarangnya. Terima kasih atas komen anda
Salam Afghan - silakan
Salam peminat paranormal - Disini saya cuba menjawab padangan anda.
1. Benar, sehingga hari ini dan mungkin masa akan datang khidmat ahli spiritual (bomoh/pawang/dukun)akan diperlukan samada peringkat awal atau alternatif
2. Ada yang terkejut dan ada yang tidak
3. Percaya dengan taksub adalah dua perkara yang berbeza
4. Saya rasa penyelidikan saudara agak tersasar. 30 tahun yang lalu mungin kajian saudara tepat.
5. Dimana tawakkal kita pada tuhan "kepadamu aku sembah kepadamu aku minta pertolongan' yg kita baca dlm surah faihah berpuluh kali setiap kali mendirikan solat. Ahli spiritual hanya membantu bukan penyembuh.
6. Tidak salah dari segi undang-undang mencari rezeki menjadi 'ahli spiritual' bagi yang mengenakan 'caj'. Yang menjadi persoalan adalah 'kelebihan' yg ada diguna utk 'laluan' yg salah utk kepentingan 'diri sendiri'
7. 'Pengkaji paranormal' dengan 'bomoh' adalah dua kerjaya yang berbeza. Sejak bila saya jadi bomoh?
8. Apa yang saya jual dan apa yang saya tawarkan pada pembaca?
Pada pendapat saya, (mungkin saya salah) saudara mungkin cemburu dengan saya. Itu hak saudara sebagai seorang manusia.
Saya rasa cukuplah penjelasan saya ini supaya tidak menjadi keruh lagi krn cemburu iblis pada manusia sampai ke hari kiamat.
Adakah kita mahu menjadi sepertinya?
slm...satu pembongkaran yang berani...bab kat pepatah kalau takut dilanda ombak jangan berumah ditepi pantai...Teruskan dengan cerita2 terkini..
salam uncle:saya cukup berminat semua tulisan uncle..bakat uncle lebih kurang ayahanda uncle saya cukup suka akan tulisannya..berani uncle mewarisi keberanian ayahanda uncle dalam mendedah apa jua perkara..
dunia skrg makin kembali pada zaman kejahilan..kalau cerita ini benar ak doakan kejayaan kamu uncle..
Salam ucu etah paan - rakyat Malaysia semakin berani. terima kasih komen yg diberi
Salam Kabutar Diesel - Kalau saudara boleh memuji, harap juga dpt menegur sekiranya saudara nampak saya mula terbabas dari landasan.
Salam SYARIFF HAIKAL - Saya juga mendoakan agar anda berjaya dlm bidang yg diceburi. take care bro
Inna lillahi wainna ilaihi rojiun...
Datuk Ahmad Jais telah meninggal dunia pada hari Selasa, 11/10/2011 pada jam 09:20 pagi..
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DatukAhmadJaismeninggaldunia/Article/
keep up the good work ~ interesting ~ dan teruskan usaha anda ~ peace ~
uncle, raden ni bomoh area mane? saya cam pernah kenal..
Assalamu'alaikum Abg Syed..
Apa yg abg ramal tentang wanita ini ada lah apa yg saya rasa selama ini. Saya tidak tahu sama saya ada kuasa paranormal atau tidak.. tetapi apa yg saya rasa dan lihat akan berlaku. Sebagai contoh.. jika saya tengok air muka seseorang saya bleh merasakan aura sama ada orang itu mengunakan*barang2,mengunakan ilmu itam*. Saya tak pernah melihat wanita ini secara in person. But by looking @ her in the television a strong feeling says she is gd @ using,practicing black magic! Semoga kebenaran akan terbukti pada suatu hari nanti. Insya Allah..
Allah akan sentiasa berada bersama orang yg benar.
Saya doakan semoga Abg Syed dan Pak Habib sekeluarga dan juga manusia manusia yg tidak menganiaya sesama insan sentiasa di dlm lindungan Allah SWT.. amin!
Ps: Mak saya kenal dgn Pak Habib pada waktu muda2 dulu.. she told gd things bout ur dad. A nice fella she said. My mom kepingin nak dtg ke Janda Baik.. Insya Allah dgn izin Allah SWT saya sekeluarga akan dtg ke sana.
Salam Uncle,
Alhamdulillah ada insan yang berani bertindak seperti tuan untuk menegur, mencegah kemungkaran dengan tangan, mulut/tulisan & dengan hati ( selemah lemah iman )..
Ada manusia yang kita perlu tegur dengan cara "pancung" iaitu pendekatan seperti Saidina Umar Al-Khatab.
Biar dia orang yang mengamalkan Ilmu Hitam/Syirik ini tahu ada lagi Hamba Allah yang berani berdepan face-to-face dgn dia..
Ana pun cam Tuan juga..tak puas hati kita berdepan secara gentleman...mungkin hari ini kita goyang & tumbang, esok insyallah kita bangkit lagi dengan semangat baru !
Wassalam..
basteng
Post a Comment