Kenali mereka

Tuesday, March 13, 2012

Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 8)

Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 8)

“Time shall unfold what plighted cunning hides, Who covert faults at last with shame derides” William Shakespear


Zikir Tasbih Roti, Banduan Ghaib

Salam semua,
Artikel kali ini aku tujukan khas kepada Saudara Kamal Hisham, Ku Yem dan para pembaca.

Semalam petang sekitar 4 petang, aku bertolak dari Janda Baik ke Kuala Kubu Baru. Tujuan utama aku kesana adalah semata-mata ingin menjemput seorang sahabat lama untuk diketemukan dengan rakan kongsi perniagaan dari Pulau Pinang.

Sahabat lama aku ini pernah dipenjarakan selama 6 tahun 8 bulan di Singapura kerana kes bunuh!

Aku akan cerita secara ringkas tentangnya.

Ketika beliau dipenjarakan, satu peristiwa gempar telah berlaku. Beliau pernah ghaib dalam sel penjara di 'Queeenstown Remand Prison' (under renovation - landing 4) ! Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1990 dan disaksikan oleh warden-warden yang bertugas, OC dan ASP (assistant supritandent prison)Tuan Ikhwan ketika kejadian. Saksi terdekat adalah banduan yang bernama Syed Abdul Aziz Syed Muhammad (442/92) dan Zulqain yang ditempatkan dalam sel yang sama. Saksi tersebut masih hidup lagi dan menetap di Singapura. Saksi lain adalah Mazlan Maidon (444/92) tetapi malangnya beliau dudah kerahmatullah kerana dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Berkata benar!

Sekitar awal tahun 1987, selepas memohon minta kerja jadi tentera, sahabat aku ni pergi Singapura bekerja di warung roti canai, Singapura sementara menunggu keputusan.

Apabila surat keputusan 'akuan pendaftaran' diterima, beliau meminta majikannya melunaskan kesemua wang gajinya untuk pulang ke Malaysia.

Majikannya sentiasa berdolak dalik untuk membayarnya dari minggu keminggu sehinggalah berberbulan lamanya sehinggalah satu hari beliau kerumah majikannya kerana warung itu ditutup pada hari tersebut.

Dipendekkan cerita, majikannya berang dan mengambil pisau dalam rumah terus mengacukan padanya dan mengugut supaya jangan menuntut wang gaji darinya lagi.

Kerana terlalu marah dan mengelakkan diri dari tercedera beliau terus merampas pisau tersebut dan membunuh majikannya.


Ibu dan bapanya sanggup bersusah payah menyediakan wang sekitar 10,000 singapore dollar untuk membayar khidmat peguam. Beliau diajar oleh peguamnya supaya jangan berkata benar agar hukuman dapat dikurangkan.

Beliau tetap berdegil, didepan hakim dengan perasaan bersalah beliau mengaku telah membunuh! Peguamnya menarik diri dan ibunya pengsan dalam mahkamah. Mahkamah juga mengarahkan agara beliau dihantar untuk pemeriksaan samada beliau gila atau tidak dan keputusannya beliau adalah manusia normal.

Kerana berkata benar, beliau terselamat dari hukuman gantung sampai mati dan hanya dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun sahaja.


Diakhirat belum tentu!

Sambil menolong mengemaskini siling bilik aku, kami bertiga berbual panjang sementara menunggu Fajar. Aku bertolak dari Janda Baik sekitar jam 4 petang untuk menghantarnya pulang kerumah. Dia memberikan aku dokumen-dokumen penting untuk dikongsi bersama dengan anda semua.

4 tahun lebih di Queeenstown Remand Prison dan hampir 2 tahun di Changi Prison.
Bukan semua orang jahat masuk penjara dan bukan semua orang dalam penjara itu jahat.

Sebelum aku masuk dalam kereta untuk pulang semula ke Janda baik, aku bertanya

"Bolehke abang letak nama kau dalam artikel terbaru abang?"

Beliau menundukkan muka dan menarik nafas panjang dan berkata

"Terpulanglah pada kebijaksanaan abang."

"Perluke abang maklumkan pada pembaca bacaan zikir dan jumlahnya yang kau amalkan semasa dalam sel sehingga kau boleh ghaib pada pandangan manusia?"

Beliau memandang tajam pada mata saya

"Apa yang terbaik pada abang, lakukanlah."

Kali ini ajukan soalan yang mungkin buat dia tersepit.

"Kau rasa perluke aku maklumkan pada pembaca bagaimana proses manusia boleh ghaib bermula dari kaki sehingga ubun-ubun?"

Beliau tersenyum manis sambil ketawa kecil. Aku menghidupkan enjin dan berseloroh padanya.

"Kalau kita yakin, bukan sekadar berjalan atas air tapi juga boleh berjalan diatas udara".

Beliau ketawa besar! Sebelum aku bersalam dan mencium pipinya

"Adakah kau rasa hukuman 6 tahun 8 bulan sudah selesai?"

Beliau menjawab

"Abang, walaupun saya sudah menjalani hukuman dunia, tetapi diakhirat belum tentu".

Aku akan cerita dengan lebih 'detail' lagi artikel akan datang dengan izinNYA.

Beliau menerima surat ini selepas sekitar 9 bulan dibebaskan

Beliau mencatatkan nama kesemua rakan-rakannya yang dijatuhkan hukuman mati ketika didalam penjara. Ada juga yang sudah menerima hukuman dan ada juga yang terlepas selepas rayuan.

Moral of the story,
"...dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar." Surah AL-ASHR ayat 3

Pada putera dan puteriku serta insan-insan yang tak sempat saya hubungi semula talian dan menjawab sms anda seperti yang dijanjikan, minta maaflah banyak-banyak. Besok lusa dah free nanti, janji akan dikotakan.


Part 62 - Johor military (JMF) relevan atau tidak?
Part 63 - Rakyat johor anjing?
Part 64 - 
Part 65 - 
Part 66 - Kesimpulan - Tutup kedai

10 comments:

Anonymous said...

Berkata benar walau pun "pahit" ... berat tu... tapi sebagai orang beriman kita kena kotakan janji kita seperti dalam doa iftitah..

Uncle, jangan lupa utk kongsikan zikir tu... saya minat nak tahu.

AzMiR

Anonymous said...

Tak sabor...bebenor Teman nak mendengornya....rase ndak suruh jee uncle ngabihkan ceritenye....!!
Ade lagi ke..ilmu gitu dizaman gini nie......!!!

kerol said...

rahim kedai rojak.. - ana juga dari kuala kubu

Li said...

Sapa ler pulak En. Rahim dan En. Ithnin bin Awang dalam surat daripada Hamba Allah tur?

Unknown said...

Minat juga nak tahu pasal zikir tu.

VAMP Malaysia said...

aku sedih bila baca kes2 macam ni, terasa sayu mengenangkan insan yang tak bersalah di perlakukan.. allahuakhbar! allah maha mengatasi segalanya.. semoga insan yang tak bersalah ini di lindunggi allah selamanya.. amin.. -Naz VAMP Malaysia-

Akukah Lelaki Itu said...

mcm x masuk akal pulak... kalau dia ghaib kenapa dia kembali ke penjara semula? kalau dah ngaib and bole bebas apsal nak kembali ke penjara? tak masuk akal sikit... but a nice story la .... tapi uncle selalu gak wat cite2 antu paranomal bohong kat tv kan... tak mustahil uncle bole create aje cite bohong kat blog ni... peace.. :)

Anonymous said...

Kita dengar dan baca... Dan menghayati sendiri jgn beri kesimpulan dan jgn tokok tambah kerana kita lah yang akan merosakan hubungan antara sesama manusia..ingat pesanan ku...

yang benar said...

btul tu kta menghayati dulu apa yang kta baca dan jangan membuat anggapan sebelum membacanya....

X-CONVICT said...

Uncle..saya kt Queenstown Remand Prison pd awal 1990, lps jatuh hukum saya dipindah ke Changi dan dibebaskan pada thun 2005. Saya tak pernah dengar psl tahanan ghaib tp nama2 yg disebutkan memg saya kenal mcm Aziz, Jufri dan senarai nama2 tu mmg saya ada jumpa. Kami semua SPECIAL WATCH, wlaupn YARD mungkin tak sama tapi kami selalu berjumpa. entahlah klau cerita tu xtersebar tp saya rasa tak mungkin..kalau uncle dn kwn uncle nk jumpa saya pn boleh dn saya pn memang nk jumpa sbb saya rasa saya knl kwn uncle tu.